jumaat, 23 Januari 2015 bermulalah pendaftaran untuk Debat Terbuka Astar 2015. ada para peserta yang daftar seawal 8 pagi lagi. sesi pendaftaran berlangsung sepanjang hari sehingga jam 6 petang.
 |
para peserta yang sudah bersedia untuk mendaftar. |
 |
antara ajk yang bertugas pada hari pendaftaran |
malam itu pula diteruskan lagi dengan majlis makan malam untuk menyambut kedatangan para pendebat. majlis diserikan lagi dengan kedatangan pengetua kolej kediaman astar, ajk-ajk serta pengarah untuk projek Debat Terbuka astar 2015 dan juga ketua hakim serta para hakim.
 |
turut disertakan persembahan tarian dari wakil Kolej kediaman pertama |
 |
persembahan koir yang menakjubkan dari wakil kolej kediaman kelima |
 |
tetamu vip malam pembukaan debat terbuka astar 2015 |