Selamat Sejahtera. Berikut merupakan usul-usul bagi Debat Terbuka Astar kali ke 20. Debaran kian terasa! Selamat maju jaya buat semua peserta.



Usul Pertandingan Debat Terbuka ASTAR Universiti Malaya ke-20
3 hingga 6 Februari 2017

KEAMANAN
1.      Jika Kami Mewakili Kabinet Donald Trump, Kami Percaya Bahawa Mengeratkan Hubungan Dengan Rusia Adalah Suatu Langkah Bijak.
2.      Jika Kami Perwakilan ASEAN, Kami Akan Mengusulkan Agar Myanmar Dikeluarkan Dari Persatuan Ini.
3.      Jika Kami Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kami Akan Mengisytiharkan Pengunaan Senjata Otonom Adalah Satu Jenayah dan Bertentangan Dengan Undang-undang Antarabangsa.

PPM
1.      Dewan Ini Percaya Profesor Bersara Perlu Berkhidmat Tanpa Gaji di Pusat Pengajian Tinggi.
2.      Dewan Ini Akan Mempercepatkan Akta Pangkalan Data DNA.
3.      Dewan Ini Akan Menstrukturkan Semula Rasionalisasi Subsidi.

ALAM SEKITAR
1.      "Smart Growth" Adalah Jawapan Tepat Kepada Pembangunan Perebakan Bandar.
2.      Demi Alam Sekitar, Pengharaman Motosikal di Bandaraya Besar Adalah Tindakan Yang Betul.
3.      Perlindungan Fauna: Kita Tidak Serius.

PERPADUAN /INTEGRITI
1.      Kepelbagaian Kita Adalah Kelemahan Kita.
2.      Sudah Tiba Masanya Penjenayah Rasuah Dijatuhkan Hukuman Mati.
3.      Perpaduan Nasional Hauskan Iltizam Politik.

GENDER
1.      Dewan Ini Akan Mewujudkan Institusi Pemulihan Berkaitan Kecelaruan Gender.
2.      Dewan Ini Percaya Ibu Bapa Berhak Menentukan Jantina Anak.
3.      Dewan Ini Akan Membenarkan Pengguguran.

HUMOR /MANTIK
1.      Asal Terbang Burunglah, Asal Berenang Ikanlah
2.      Buntat Tidak Patut Mati
3.      Nasi Lemak Kita Sudah Basi

DEBAT DIRAJA 
1.      TN50: Penukang Tanpa Penukul
2.      Meminta Maaf Adalah Jalan Terbaik
3.      Krisis Bolasepak Kita : Salah Golongan Bangsawan
4.      Jutawan Kosmetik: Tak Kuning Dek Kunyit, Tak Hitam Dek Arang
5.      Liga Arab Adalah Pengganas Dalam Senyap
6.      Dunia Belum Kiamat

7.      Lelaki Teragung Adalah Mitos
[Cara Bayaran Yuran Pendaftaran Debat Terbuka ASTAR KE-20]

Salam sejahtera. Mengenai cara pembayaran yuran pendaftaran Debat Terbuka ASTAR, suka untuk kami maklumkan bahawa pembayaran yuran tersebut boleh dilakukan melalui 3 cara:

1) EFT
2) Cash
3) Cheque

1) & 2) Jika melalui EFT dan Cash, yuran pendaftaran itu boleh disalurkan ke akaun:
Cimb bank 8001279998

*Anda juga boleh membayar secara cash pada hari pendaftaran, 3/02/2017 -sila maklumkan kpd pihak kami terlebih dahulu dan pihak IPT perlu memberi surat jaminan bayaran -

3) Jika pembayaran hendak dilakukan melalui cheque, semua cheque mesti dibayar kepada
"BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA”
Cheque juga mesti ditanda ‘A/C of Payee Only’ dan dialamatkan kepada:

Pengetua
Kolej Kediaman Pertama
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
(u/p: Debat Terbuka ASTAR Universiti Malaya)

🔔Peringatan penting: Jika pembayaran telah dilakukan melalui mana2 cara yg disenaraikan di atas, BUKTI PEMBAYARAN hendaklah disimpan dan diemailkan kepada kami di
debat.terbuka.astar1617@gmail.com
dan cc bendahari kami (nyiaying@gmail.com)
untuk rujukan pihak kami.

Untuk makluman juga, yuran pendaftaran sebanyak RM1060.00 itu adalah untuk 1 pasukan shj.
Pembayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada 3/02/2017
Sekian, Terima kasih.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pencinta debat sekalian, jangan lupa untuk follow laman sosial rasmi kami seperti yang tertera bagi memastikan anda sentiasa mendapat info terkini mengenai DEBAT TERBUKA ASTAR kali ke 20! Segala info akan kami update di laman sosial berikut. Terima kasih.
[Perubahan Syarat-syarat Pertandingan Debat ASTAR UM ke-20]
Assalamualaikum dan Salam sejahtera!!
Bersempena dengan penganjuran kali ke-20 Debat Terbuka ASTAR UM, dengan sukacitanya pihak penganjur ingin memaklumkan terdapat perubahan syarat-syarat untuk edisi kali ini.
Perubahan adalah mengikut format Debat Diraja yang mana terdapat dua kategori dipertandingkan iaitu kategori UTAMA dan MUDA. Pada peringkat saringan, pasukan akan dihimpunkan dalam satu kumpulan dan lapan pasukan terbaik kategori UTAMA serta lapan pasukan terbaik kategori MUDA akan terpilih ke peringkat seterusnya selepas 6 pusingan awal.
Berikut merupakan ringkasan perubahan syarat2, hadiah kemenangan  terkini pertandingan.
untuk makluman kami telah menganjakkan tarikh tutup penyertaan ke 13 Januari 2017
Bagi IPT yang telah menghantar nama pasukan, bolehlah menghubungi penganjur bagi tujuan pengemaskinian ahli pasukan masing-masing.
Semoga edisi kali ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.

Suasana Debat Terbuka ASTAR 2016

Sabtu, 30 Januari 2016
Ahad, 31 Januari 2016

Tempat: Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya

Hari pertama dan hari kedua Debat Terbuka ASTAR cukup meriah dengan lantunan hujah pendebat-pendebat sekalian. Sebanyak 6 pusingan saringan (4 pusingan pada hari pertama, 2 pusingan & suku akhir pada hari kedua) telah dijalankan untuk memilih dan melayakkan pasukan-pasukan ke pusingan suku akhir. Segala latihan dan ilmu yang mereka ada telah digunakan dengan sebaiknya untuk membidas dan mematahkan hujah pihak lawan. Tiada sekelumit perasaan gentar pon yang terpamer di wajah mereka. Masing-masing cukup bersemangat dalam mempertahankan pendirian masing-masing. Mari kita lihat gambar-gambar sepanjang pertandingan ini berlangsung!

Displaying DSC_0675.JPG
Berkumpul di Dewan Tun Perak untuk sesi 'Roll Call'


Displaying DSCF8874.JPG
Sesi Kuarantin.

Displaying DSCF9216.JPG
Sesi Kuarantin..
Displaying DSCF8931.JPG
Barisan hakim di salah satu sidang, tekun menilai pendebat-pendebat sekalian

Displaying DSC_0746.JPG
Aksi pendebat-pendebat dalam berhujah (i)
Displaying DSCF9097.JPG
Aksi pendebat-pendebat dalam berhujah (ii)
Displaying DSCF9226.JPG
Aksi pendebat-pendebat dalam berhujah (iii)

Malam Pembukaan Debat Terbuka ASTAR 2016

Jumaat, 29 Januari 2016

Usai sesi pendaftaran pada siang hari, para peserta diraikan lagi dengan jamuan makan malam pada malam hari. Ini sebagai tanda bahawa pihak penganjur sangat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan para peserta sekalian! :D Tiga persembahan turut disajikan. Menariknyaa, persembahan daripada pengetua ASTAR pon ada tawww. Sporting kan pengetua ^^

Turut disertakan dalam majlis ini ialah taklimat daripada Ketua Hakim, En. Azzairi Rosle, mengenai peraturan ringkas pertandingan debat kali ini


JPEG Image
Sementara menunggu majlis bermula
JPEG Image
Barisan VIP yang terdiri daripada hakim pertandingan ini
Displaying DSCF8829.JPG
Persembahan dari pengetua ASTAR, Dr.Firdaus Hariri (kanan)
Displaying DSCF8838.JPG
Haa, dengar baik-baik. Ketua hakim nak bagi taklimat ni..
Majlis berakhir dalam jam 10.15pm.. Selepas majlis, pesrta-peserta diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti masing-masing. Banyak ragam yang kami perhatikan. Ada yang berehat, ada yang berlatih berdebat dan ada yang merangka strategi untuk pertandingan esok hari. Meriah sekali susana pada malam ini. Masing-masing tidak mahu melepaskan sisa-sisa masa yang ada. Setiap saat cuba untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. Benarlah, ada mutiara kata yang menyatakan, "masa itu ibarat pedang. Jika engkau tidak memotongnya, 'dia' yang akan memotong engkau". Selamat maju jaya semua ! :)

Hari Pendaftaran Debat Terbuka ASTAR 2016

Jumaat, 29 Januari 2016
Beratur untuk pendaftaran..
JPEG Image
'T-shirt awak size apa?' Hee


JPEG Image
Berlatih debat ke tuu hihi
Suasana pada hari pendaftaran! Meriahkan? Masing-masing pasti sedang gusar akan pertandingan yang akan berlangsung pada esok hari. Buat pengetahuan para pembaca sekalian, Debat Terbuka ASTAR kali ini telah menerima sebanyak 31 buah pasukan dari 18 IPT/IPTS yang berbeza di seluruh Malaysia. Kaunter pendaftaran ini dibuka dari jam 10 pagi hinga jam 6.00 petang. Terpancar jelas kepenatan pada wajah para peserta apabila sampai ke kaunter pendaftaran. Maklumlah, ada yang datang jauh dari Pulau Pinang, Melaka, Kelantan dan menariknya, dari Sarawak pon ada! Namun begitu, dalam kepenatan, kami dapat lihat semangat mereka untuk berdebat. Masing-masing mempunyai keyakinan yang tinggi. Satu semangat yang cukup positif untuk memulakan pertandingan pada tahun ini :) Baiklah, saya akhiri coretan ini dengan menyenaraikan bilangan pasukan dan universiti-universiti yang menyertai Debat Terbuka ASTAR tahun ini:


Terima kasih atas penyertaannya! :D