Malam Pembukaan Debat Terbuka ASTAR 2016

Jumaat, 29 Januari 2016

Usai sesi pendaftaran pada siang hari, para peserta diraikan lagi dengan jamuan makan malam pada malam hari. Ini sebagai tanda bahawa pihak penganjur sangat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan para peserta sekalian! :D Tiga persembahan turut disajikan. Menariknyaa, persembahan daripada pengetua ASTAR pon ada tawww. Sporting kan pengetua ^^

Turut disertakan dalam majlis ini ialah taklimat daripada Ketua Hakim, En. Azzairi Rosle, mengenai peraturan ringkas pertandingan debat kali ini


JPEG Image
Sementara menunggu majlis bermula
JPEG Image
Barisan VIP yang terdiri daripada hakim pertandingan ini
Displaying DSCF8829.JPG
Persembahan dari pengetua ASTAR, Dr.Firdaus Hariri (kanan)
Displaying DSCF8838.JPG
Haa, dengar baik-baik. Ketua hakim nak bagi taklimat ni..
Majlis berakhir dalam jam 10.15pm.. Selepas majlis, pesrta-peserta diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti masing-masing. Banyak ragam yang kami perhatikan. Ada yang berehat, ada yang berlatih berdebat dan ada yang merangka strategi untuk pertandingan esok hari. Meriah sekali susana pada malam ini. Masing-masing tidak mahu melepaskan sisa-sisa masa yang ada. Setiap saat cuba untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. Benarlah, ada mutiara kata yang menyatakan, "masa itu ibarat pedang. Jika engkau tidak memotongnya, 'dia' yang akan memotong engkau". Selamat maju jaya semua ! :)