[Perubahan Syarat-syarat Pertandingan Debat ASTAR UM ke-20]
Assalamualaikum dan Salam sejahtera!!
Bersempena dengan penganjuran kali ke-20 Debat Terbuka ASTAR UM, dengan sukacitanya pihak penganjur ingin memaklumkan terdapat perubahan syarat-syarat untuk edisi kali ini.
Perubahan adalah mengikut format Debat Diraja yang mana terdapat dua kategori dipertandingkan iaitu kategori UTAMA dan MUDA. Pada peringkat saringan, pasukan akan dihimpunkan dalam satu kumpulan dan lapan pasukan terbaik kategori UTAMA serta lapan pasukan terbaik kategori MUDA akan terpilih ke peringkat seterusnya selepas 6 pusingan awal.
Berikut merupakan ringkasan perubahan syarat2, hadiah kemenangan  terkini pertandingan.
untuk makluman kami telah menganjakkan tarikh tutup penyertaan ke 13 Januari 2017
Bagi IPT yang telah menghantar nama pasukan, bolehlah menghubungi penganjur bagi tujuan pengemaskinian ahli pasukan masing-masing.
Semoga edisi kali ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.