debaters, show your talents!


                                                  sumber: https://www.keepcalm-o-matic.co.uk/p/keep-calm-join-the-debate-competition/

Kehangatan Debat Terbuka Astar kian terasa dan kini secara rasminya bermulalah pertandingan Debat Terbuka Astar (DTA) Universiti Malaya edisi ke 18.

Para pendebat, tonjolkan dan serlahkan bakat anda dalam dunia debat dengan menyertai pertandingan debat berprestij ini yang diadakan di Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya.

Kami mengalukan kedatangan semua pendebat muda, pendebat senior, alumni pendebat juga pengiring untuk Debat Terbuka ASTAR kali ke 18 ini.

Marilah kita semua memeriahkan Debat Terbuka Astar kali ini yang bertemakan "Membudayakan Bahasa" dan ayuh gunakan hash-tag #ASTAR15 untuk menunjukkan sokongan anda di samping  berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang edisi ini berlangsung.