setiap usaha pasti ada hasilnya

sumber : http://3000quotes.blogspot.com/2013/05/i-never-debated-with-knowledgeable.html

Salam #ASTAR15 dan salam 1 Malaysia. Kepada para pendebat di luar sana yang telah daftar untuk menjadi peserta sempena Debat Terbuka Astar 2015, sudahkah anda lakukan persediaan yang sepatutnya ? Untuk para peserta, sudah tentu anda tertanya-tanya apakah habuan yang akan anda dapat sekiranya menjuarai piala berprestij ini. jadi, untuk menaikkan semangat para peserta untuk lebih bersungguh-sungguh berusaha untuk debat #ASTAR15 ini, kami akan berkongsi apakah hadiah para pemenang akan terima dan sudah pastinya hadiahnya berbaloi dengan hasil usaha kalian :)

Johan Debat Terbuka Astar 2015 kali ini akan dianugerahkan  dengan wang tunai minima RM 2000 berserta sijil dan piala pusingan. untuk naib johan, wang tunai minima RM1500 berserta piala pusingan. Jangan risau kepada kumpulan yang tidak berjaya menjadi johan ataupun naib johan kerana bagi kumpulan yang berjaya memasuki separuh akhir, anda juga akan terima ganjarannya. Bagi kumpulan yang dapat masuk ke separuh akhir pertandingan, hadiahnya ialah wang tunai RM 500 dan sijil (bagi setiap kumpulan). Dan, untuk kategori pendebat terbaik ( 5 orang pendebat terbaik akan dipilih ), hadiahnya dirahsiakan.

Jadi para pendebat, ayuhlah buktikan kebolehan anda dalam debat Astar 2015 dan menangilah hadiah yang lumayan yang disediakan.